• Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Thursday 31 March 2016

Lingkaran Gelap Bawah Mata

Bawah mata anda hitam seperti mata panda? Ya, lingkaran gelap di mata boleh membuatkan anda kelihatan tua, letih, tidak bermaya, hodoh dan menjadikan anda tertekan kerananya.

Berikut adalah faktor-faktor terjadinya lingkaran gelap di mata:


  • Kurang tidur.
  • Proses penuaan.
  • Pengambilan minuman berkafein secara berlebihan
  • Kurang vitamin E dan C
  • Alahan makanan dan alahan lain.
  • Keletihan Adrenal.
  • Masalah buah pinggang.
  • Anemia

Terdapat banyak cara untuk mengelakkan terjadinya lingkaran gelap bawah mata. Berikut adalah beberapa cara untuk menghilangkannya:

1. Ambil sedikit kuning telur dan campurkan dengan perahan lemon dan madu. Sapukan di bawah mata. Amalkan setiap malam sebelum tidur dan basuh muka seperti biasa keesokan paginya.
2. Sapukan beberapa titis minyak Zaitun pada bawah mata perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri. Biarkan untuk seketika sebelum mencuci muka dengan air bersih. Amalkan sekali sehari seeloknya sebelum tidur.
3. Campurkan beberapa titis jus perahan air lemon dengan air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata. Amalkan dua kali sehari.
4. Simpan uncang teh yang telah digunakan ke dalam peti sejuk selama 10 minit. Kemudian letakkan uncang teh yang sedikit sejuk itu ke bahagian mata. Biarkan selama setengah jam. Amalkan sehari sekali.
5. Ambil sebiji kentang dan kupas kulitnya. Basuh kentang tersebut dan potong nipis-nipis. Kemudian lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Amalkan secara kerap.
6. Ambil sedikit air sejuk dan sapukan ke bahagian mata setiap pagi selepas bangun tidur. Amalkan sehingga hilang lingkaran gelap bawah mata.

0 comments:

Post a Comment