• Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Wednesday 23 March 2016

5 Cara Senaman Mata

 Dahsyat tak mata kita pun perlu bersenam ? Sebenarnya, pernah ada banyak kes di mana orang yang mengalami penglihatan rabun, astig, pulih sepenuhnya penglihatan mereka hanya dengan membuat senaman mata.


Jika kita lihat di laman sosial, ada banyak cara untuk membuat senaman mata, antaranya ialah :
Pertama: Gosok kedua tapak tangan sehingga rasa panas kemudian letak kedua-dua tapak tangan di atas mata. Ulang sebanyak 3 - 5 kali dan lakukan perkara yang sama setiap hari. Jika mahu kita lakukan setiap kali mata kita rasa letih atau sakit.
Kedua: Lakukan dengan mata melihat ke atas. Kemudian, pusing mata ke arah jam 10 kali dan ke arah lawan jam 10 kali juga.
Ketiga: Tahan dan pusatkan pandangan mata pada objek kecil seperti pen. Letakkan pen pada jarak sekitar 15 cm dari mata. Kemudian alihkan pandangan ke tempat lain dan lihat objek lain yang letaknya jauh dari anda. Ulangi gerakan ini selama 1 minit.
Keempat: Letakkan pen pada lengan dan pusatkan pandangan pada pen tersebut. Dengan perlahan gerakkan lengan serta pen tersebut mendekati hidung, kemudian jauhkan balik. Ulangi beberapa kali.
Kelima:Urut perlahan-lahan dahi kita hingga ruang antara kening kita. Dan rehat atau tutupkan mata selama 3-5 minit.  
Diharap kita semua mendapat ilmu dan manfaat daripada artikel ini. Selamat bersenam mata!

0 comments:

Post a Comment