• Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

Sunday 13 March 2016

Makanan-Makanan Bervitamin Yang Baik Untuk Mata

Pada zaman moden sekarang ni, terdapat banyak peralatan yang mengeluarkan cahaya seperti telefon bimbit, tablet, televisyen, komputer/laptop, dan pelbagai lagi yang menjadi tatapan harian mata kita.  Tanpa kita sedari, perkara-perkara itu sebenarnya membahayakan mata kita. Malahan mata akan menjadi letih dan mengakibatkan masalah kepada mata dan penglihatan kita.

Oleh itu, amalkan petua-petua atau tips-tips penjagaan mata untuk menjamin dan memperbaiki kesihatan mata dan penglihatan kita.

(Lihat juga khasiat makanan penjagaan mata C-BRITE.)
MAKANAN UNTUK MATA
Sebut tentang makanan untuk mata ini, kita kerap sangat dengar tentang vitamin A,C,E yang baik untuk mata bukan ? Tapi makanan apa yang mengandungi vitamin A,C,E ni ?  di bawah terdapat contoh makanan untuk vitamin A,C,E tersebut.
Vitamin A

  • Keledek 
  • Hati
  • Lobak
  • Sayur hijau berdaun seperti bayam, sawi dan lain-lain.


Vitamin C

  • Cili-cili besar hijau dan merah (atau nama lainnya “Hot Chilli Peppers”) di dalamnya banyak mengandungi vitamin C. 
  • Guava
  • Sayuran hijau
  • Buah kiwi
  • Buah betik
  • Oren
  • Strawberi
Vitamin E

  • Biji bunga matahari
  • Almond
  • Kacang
  • Herba Basil & Oregano
  • Aprikot Kering
  • Paprika

Selain itu, makanan yang tinggi dalam cysteine dan lechitin seperti bawang putih, bawang merah mampu melindungi daripada formasi katarak dalam mata. Bagi yang kaya dalam anthocyanin seperti blueberi, anggur dan lain-lain boleh menambah baikkan penglihatan kita.



0 comments:

Post a Comment