• Join Us on Google Plus!
  • Subcribe to Our RSS Feed

C'Brite adalah makanan penjagaan mata yang diperbuat 100% daripada bahan semulajadi seperti Kurma, Madu, Delima, Tomato, Brokoli, Bunga teratai, Strawberry dan Epal. Ia merupakan jus kesihatan umum yang boleh diminum pada bila-bila masa.

Thursday 31 March 2016

Lingkaran Gelap Bawah Mata

Bawah mata anda hitam seperti mata panda? Ya, lingkaran gelap di mata boleh membuatkan anda kelihatan tua, letih, tidak bermaya, hodoh dan menjadikan anda tertekan kerananya.

Berikut adalah faktor-faktor terjadinya lingkaran gelap di mata:


  • Kurang tidur.
  • Proses penuaan.
  • Pengambilan minuman berkafein secara berlebihan
  • Kurang vitamin E dan C
  • Alahan makanan dan alahan lain.
  • Keletihan Adrenal.
  • Masalah buah pinggang.
  • Anemia

Terdapat banyak cara untuk mengelakkan terjadinya lingkaran gelap bawah mata. Berikut adalah beberapa cara untuk menghilangkannya:

1. Ambil sedikit kuning telur dan campurkan dengan perahan lemon dan madu. Sapukan di bawah mata. Amalkan setiap malam sebelum tidur dan basuh muka seperti biasa keesokan paginya.
2. Sapukan beberapa titis minyak Zaitun pada bawah mata perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri. Biarkan untuk seketika sebelum mencuci muka dengan air bersih. Amalkan sekali sehari seeloknya sebelum tidur.
3. Campurkan beberapa titis jus perahan air lemon dengan air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata. Amalkan dua kali sehari.
4. Simpan uncang teh yang telah digunakan ke dalam peti sejuk selama 10 minit. Kemudian letakkan uncang teh yang sedikit sejuk itu ke bahagian mata. Biarkan selama setengah jam. Amalkan sehari sekali.
5. Ambil sebiji kentang dan kupas kulitnya. Basuh kentang tersebut dan potong nipis-nipis. Kemudian lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Amalkan secara kerap.
6. Ambil sedikit air sejuk dan sapukan ke bahagian mata setiap pagi selepas bangun tidur. Amalkan sehingga hilang lingkaran gelap bawah mata.

Wednesday 23 March 2016

5 Cara Senaman Mata

 Dahsyat tak mata kita pun perlu bersenam ? Sebenarnya, pernah ada banyak kes di mana orang yang mengalami penglihatan rabun, astig, pulih sepenuhnya penglihatan mereka hanya dengan membuat senaman mata.


Jika kita lihat di laman sosial, ada banyak cara untuk membuat senaman mata, antaranya ialah :
Pertama: Gosok kedua tapak tangan sehingga rasa panas kemudian letak kedua-dua tapak tangan di atas mata. Ulang sebanyak 3 - 5 kali dan lakukan perkara yang sama setiap hari. Jika mahu kita lakukan setiap kali mata kita rasa letih atau sakit.
Kedua: Lakukan dengan mata melihat ke atas. Kemudian, pusing mata ke arah jam 10 kali dan ke arah lawan jam 10 kali juga.
Ketiga: Tahan dan pusatkan pandangan mata pada objek kecil seperti pen. Letakkan pen pada jarak sekitar 15 cm dari mata. Kemudian alihkan pandangan ke tempat lain dan lihat objek lain yang letaknya jauh dari anda. Ulangi gerakan ini selama 1 minit.
Keempat: Letakkan pen pada lengan dan pusatkan pandangan pada pen tersebut. Dengan perlahan gerakkan lengan serta pen tersebut mendekati hidung, kemudian jauhkan balik. Ulangi beberapa kali.
Kelima:Urut perlahan-lahan dahi kita hingga ruang antara kening kita. Dan rehat atau tutupkan mata selama 3-5 minit.  
Diharap kita semua mendapat ilmu dan manfaat daripada artikel ini. Selamat bersenam mata!

Sunday 13 March 2016

Makanan-Makanan Bervitamin Yang Baik Untuk Mata

Pada zaman moden sekarang ni, terdapat banyak peralatan yang mengeluarkan cahaya seperti telefon bimbit, tablet, televisyen, komputer/laptop, dan pelbagai lagi yang menjadi tatapan harian mata kita.  Tanpa kita sedari, perkara-perkara itu sebenarnya membahayakan mata kita. Malahan mata akan menjadi letih dan mengakibatkan masalah kepada mata dan penglihatan kita.

Wednesday 2 March 2016

Khasiat CBrite DMaliera



C'Brite mempunyai kandungan antioksida yang tinggi yang boleh membantu mencerahkan penglihatan mata dan melindungi mata daripada sinaran yang tidak elok. C'Brite juga dicipta khusus untuk menangani masalah-masalah berikut:

✔ Mata bawah lebam
✔ Mata cepat letih
✔ Mata berair
✔ Mata rabun
✔ Mata silau
✔ Tidak sukakan konteks lens
✔ Mengalamai masalah penglihatan ketika memandu
✔ Ada masalah katarak mata
✔ Kawan-kawan kata tidak style memakai spek mata
✔ Tidak suka makn sayur tapi mahukan mata yang sihat
✔ Cara makan yang sangat Mudah

Dapatkan C-BRITE hari ini.
Untuk harga PENJIMATAN,
SMS "NAK C-BRITE" ke 019 4449105 sekarang.